33 research outputs found

    Pengaruh kitab Minhāj al-Ṭālibīn, karya al-Imam al-Nawawi dalam bab munakahat, kitab Mir’at al-Ṭullāb, karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkili

    Get PDF
    Makalah ini menelusuri tentang pengaruh Kitab Minhāj al-Ṭālibīn Wa ‘Umdah al-Muftīn, karya al-Imam Abū Zakaria Muhyiddīn Yahya bin Syaraf al-Nawawi dalam bab munakahat, Mir’at al-Ṭullāb fī Tashīl Ma‘rifat Aḥkām al-Syar‘iyyah li al-Malik al-Wahhāb, karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkili. Penulisan ini menggunakan pendekatan analisis teks dan analisis sejarah. Hasil daripada perbincangan ini menemukan bahawa Kitab Mir’at al-Ṭullāb telah merujuk pelbagai karya fiqah aliran Mazhab Syafi‘i yang muktabar. Namun begitu, Kitab Minhāj al-Ṭālibīn, karya Imam Abū Zakaria Muhyiddīn Yahya bin Syaraf al-Nawawi adalah antara rujukan penting dalam bab munakahat, Mir’at al-Ṭullāb

    Ma’rifatullah menurut Shaykh Hamzah Fansuri

    Get PDF
    Awal agama adalah mengenal Allah. Mengenal Allah menjadi paksi dalam pendidikan akidah umat Islam sehingga ia sering dipesan oleh para ulama dalam karya-karya mereka termasuk Hamzah Fansuri. Artikel ini meneliti pandangan Hamzah Fansuri mengenai Ma’rifatullah daripada sudut kewajipannya dan juga asas-asasnya sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab keempat dalam karyanya, Sharab al-‘Ashiqin. Berdasarkan analisis kandungan, tulisan ini mendapati bahawa Hamzah Fansuri menyampaikan pesanannya mengenai kewajipan tersebut berasaskan ayat al-Quran dan petikan hadith dan melihat bahawa kewajipan Ma’rifatullah adalah berdasarkan kemampuan manusia masingmasing. Manakala asas terpenting dalam mengenal Allah ialah dengan mengenal siapakah Tuhan dan hubungannya dengan manusia. Hubungan tersebut dapat difahami dengan Sifat-sifat Allah yang utama termasuk Qadim, Khaliq, Baqi, Wujud dan sebagainya

    Analisis salasilah Tarekat Shaykh Shams al-Din al-Sumatra’i

    Get PDF
    This article examines the spiritual chain (silsilah tariqah) of Shaykh Shams al-Din al-Sumatra’i (alt. al-Sumatrani), Qadi al-Malik al-‘Adil (Prime Minister and Mufti) of Aceh during the reign of Sultan Iskandar Muda in 1607 to 1627. The study is primarily based on his manuscript of Mir’at al-Muhaqqiqin as well as Shaykh Abdul Haqq Muhaddith Dahlawi’s Zad al-Muttaqin. By mapping the lineage of all data available, this study features al-Sumatra’is spiritual chain that consist of Qadiriyyah, Shadhiliyyah, Madyaniyyah, Chishtiyyah and Shattariyyah orders

    Suatu Penerokaan Awal Mengenai Pendekatan Tasawuf Terhadap Agama-Agama Lain

    Get PDF
    There would be no doubt that the Sufis is the only Muslim group within and whithout that firmly and constantly expound their conception on religious pluralism. Hence, it is not surprised to see many of their extravagant stanzas oftenly quoted by current preachers of love to bridge connection between religions. Moreover, their way of approaching to other religions is eccentricly emphatic and inclusive. This article attemps to analyse selected anecdotes, utterances, and stanzas of the Sufis related to religion and its plurality in order to grasp the general ideas of their approach to other religions. This study found that their extreme tolerance of the others does not impede them from being consistent with Islam. Furthermore, it is regarded as the uttermost paths to grasp and realise the oneness of God. Apart from being a brief presentation for my doctoral research, this piece of preliminary investigation aimed to better comprehend the Sufi conception of religious pluralism and their attitude towards the others

    Suatu Penerokaan Awal Mengenai Pendekatan Tasawuf Terhadap Agama-Agama Lain

    Get PDF
    There would be no doubt that the Sufis is the only Muslim group within and whithout that firmly and constantly expound their conception on religious pluralism. Hence, it is not surprised to see many of their extravagant stanzas oftenly quoted by current preachers of love to bridge connection between religions. Moreover, their way of approaching to other religions is eccentricly emphatic and inclusive. This article attemps to analyse selected anecdotes, utterances, and stanzas of the Sufis related to religion and its plurality in order to grasp the general ideas of their approach to other religions. This study found that their extreme tolerance of the others does not impede them from being consistent with Islam. Furthermore, it is regarded as the uttermost paths to grasp and realise the oneness of God. Apart from being a brief presentation for my doctoral research, this piece of preliminary investigation aimed to better comprehend the Sufi conception of religious pluralism and their attitude towards the others

    Tinjauan kajian-kajian terawal mengenai wahdat al-adyan(Kesatuan Agama-agama)

    Get PDF
    Kepelbagaian agama adalah salah satu wacana masa kini yang cukup menarik untuk diteliti. Bukan hanya dengan pandangan-pandangan kontroversi para sarjana bidang ini yang dibangkitkan bagi membina naratif dalam menjelaskan hakikat ini, ia turut dikaitkan dengan kelompok para Sufi, bahkan lebih daripada itu, dikatakan bersusur galur daripada pemikiran mereka. Walau apa jua pandangan yang ingin dikemukakan oleh mana-mana pihak, adalah suatu fakta yang sukar untuk dinafikan bahawa dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan mana-mana penganut agama, hanya tokoh-tokoh Sufi menjadi satu-satunya kumpulan yang melontarkan konsepsi mereka secara mapan dan berterusan mengenai kepelbagaian agama. Lalu, tidak menghairankan bila mana ungkapan-ungkapan ekstravaganza mereka sering dikutip bagi menyokong mana-mana konsepsi yang cuba diketengahkan pada masa kini. Perhatian para sarjana mengenai gagasan para Sufi tentang wahdat al-adyan atau kesatuan antara agama ini bukanlah perkara yang baharu, bahkan telah lama didahului melalui pelbagai pengkajian. Berasaskan hakikat ini, artikel ini mengemukakan hasil tinjauan yang dilakukan dengan merumus dan mensintesis segala perhatian dan pandangan pengkaji terdahulu mengenai isu ini. Untuk tulisan ini, usaha ke arahnya dimulakan dengan kajian-kajian terawal yang dirintis oleh para sarjana yang menyinggung mengenai hal ini sebelum dilanjutkan kajian-kajian terkemudian dalam ruang penulisan yang lain pada kesempatan yang akan datang. Selain menjadi paparan sebahagian hasil dapatan penyelidikan peringkat kedoktoran yang mencermati topik ini, coretan ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan yang menyokong kajian-kajian mendatang dalam menghasilkan dapatan baru dalam wacana kesarjanaan mengenai wahdat al-adyan

    Asal usul gerakan pendidikan Muhammadiyah di Indonesia.

    Get PDF
    Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orang-orang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya dengan Muhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asas lagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimana tercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran Cali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif bersifat deskriptif analitikal, iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya. Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakala tanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama di bidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah 16,942 buah

    Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia

    Get PDF
    Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan). Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH. Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan, karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing

    Asal usul gerakan pendidikan Muhammadiyah di Indonesia.

    Get PDF
    Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orangorang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya dengan Muhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asas lagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimana tercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran Cali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif bersifat deskriptif analitikal, iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya. Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakala tanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama di bidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah 16,942 buah

    Tapak Persamaan Asal Usul Gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama (Nu) di Indonesia

    Get PDF
    Muhammadiyah was established by Kiyai Ahmad Dahlan 1912 began first founded the institution's because the situation and circumstances of Muslims who suffered various setbacks disebab by ignorance and frozen in thinking in understanding the teachings of the religion. While the Nahdlatul Ulama (NU) instituted by the Kiyai-Kiyai (1926) in East Java province with commenced founded the institution Taswirul Afkar in 1914 M. Establishment of schools is either done by the founder Muhammadiyah and NU is in an effort to meet the needs of society and the context of the struggle for independence, and also as one of the key strategic intelligence to fight the invaders. Strategic intelligence is either done by the Kiyai Ahmad Dahlan nor by Kiyai- Kiyai new young home from Mecca as K.H. Mas Mansyur with K.H. Abdul Wahab Chasbullah and others. The same feeling, due to the State of the nation is still colonized by Foreign Nations so as to force those who recently return from Mecca for creative thinking by making a smart idea according to capacity which has been eaten, in order to deal with circumstances that plagued his nation. This, it is interesting to review of the origin of the appearance of movement Muhammadiyah and Nahdlatul Ulama (NU) in Indonesia, which is mainly about the history of the site of the second equation – both these organizations. Although, the Organization of Muhammadiyah and NU, is equally religious social movement organizations are sourced from the result of thoughts and musings by Indonesia students who learn from Mecca at the time. Views can be seen from: the history of the movement, thought and influence of the marriage, the teacher and the taught, the granting of a degree as a national hero, the real work of the forum and dialogue to exchange thoughts, and his education as a charitable effort movemen
    corecore